Tuesday, December 15, 2015

CARTA ORGANISASI

PENASIHAT
BAHARUDIN BIN OTHMAN @ HADZA

KETUA
ABDUL MUIZ BIN KHAIRILANUAR
PENOLONG KETUA
NUR SYAHIRATULNISA


KETUA EDITOR 1
MUHAMMAD IRFAN HARRAZ
KETUA EDITOR 2
MOHAMAD SOLHI BIN AIDI
KETUA EDITOR URUSAN
MUHAMMAD NAJWAN BIN ABDULLAH
WEBMASTER 1
WIRA MOHAMMAD AL-AMRI
WEBMASTER 2
MOHAMMAD AZMEER BIN AZMI
WARTAWAN 1
ABDUL JABBAR 
WARTAWAN 2
 MOHD AIMAN MOHD NOOR

WARTAWAN 3
DZUL AZAM BIN JASMI
WARTAWAN 4
ALBRIGHT CHONG
WARTAWAN 5
MUHAMMAD AFIF BIN MUHAMMAD RAZIF
WARTAWAN 6
IDRIL HARLEY
WARTAWAN 7
TENGKU SYAHIRAN
WARTAWAN 8
SAZANUR IMAN

WARTAWAN 9
MUHAMMAD KHIDIR BIN MD AZMI
WARTAWAN 10
MOHD AKMAL B. ABD WAHAB

Monday, December 14, 2015

KEM BINA PASUKAN PERKOM UUM


Oleh: Mohd Aiman














Padang besar, 30 Oktober 2015, Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (Perkom) telah melakukan sebuah program Kem Bina pasukan di Tasik Timah Tasoh, Perlis seramai 30 orang peserta dan serta 5 fasilatator dalam program ini selama 3 hari 2 malam.

Cik Haizum Nadhirah selaku pengarah projek telah memastikan kelancaran program ini dengan bantuan Encik Abdul Jabbar selaku timbalan pengarah projek. Puan Sharina Bt Shamsuddin selaku penasihat Persatuan Komunikasi telah banyak memberikan tunjuk ajar dan turut menyumbangkan idea kepada mereka bagi menjayakan program ini.

Encik Baharudin B Hadza@Othman selaku pensyarah kanan komunikasi UUM turut serta membantu menjayakan program ini dengan cara tampil sebagai penceramah yang menyampaikan ceramah motivasi tentang semangat bekerja secara berkumpulan.

Dr Fadzli selaku wakil daripada jabatan hep turut memberikan sokongan dengan cara memberikan ceramah tentang keusahawanan kepada para peserta kem team building ini.

Menurut salah seorang peserta, Laily Munirah Bt Kamaruzaman setelah melibatkan diri dengan program team building ini saya telah berubah menjadi seorang yang lebih menepati masa, saya juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri saya setelah melakukan pembentangan”.

Sementara itu saya dapat meluaskan pergaulan saya dengan bergaul dengan ahli ahli baru Persatuan Komunikasi iaitu pelajar komunikasi tahun pertama di UUM.  
Aktiviti-aktitivi yang telah dijalan oleh Persatuan Komunikasi ialah night walk, jungle treking, merempuh halangan, pembentangan kerja kumpulan, aktiviti suai kenal, solat berjemaah, dan sukaneka.

Akhir sekali, aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Komunikasi ini dapat menyesuaikan diri sebagai seorang pelajar Universiti dengan aktiviti lasak, berkenalan dengan ahli baru Persatuan Komunikasi dan dapat merehatkan diri seorang pelajar daripada melakukan aktiviti di dalam kampus turut dapat mendalami penggalaman yang sukar didapati di dalam kampus.



Peserta Kem Team Building di Tasik Timah Tasoh.

Contoh aktiviti yang dilakukan oleh peserta.

KHIDMAT SISWA PERKOM-KTA

Oleh: Abdul Jabbar













Changlun: Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia(PERKOM) dengan kerjasama Kolej Terknologi Alpha(KTA) telah berganding bahu menjayakan khidmat siswa di Kampung Changkat Setoi, Changlun pada 13 Oktober 2015.

Ketibaan rombongan 50 pelajar dalam program khidmat masyarakat ini di rai oleh jawatankuasa Masjid Kampung Changkat Setoi

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut aktiviti gotong-royong di sekitar masjid. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan kawasan masjid seperti memotong rumput, mengutip sampah, mencuci lantai, mengelap cermin dan rak, menyusun sejadah, al-Quran, buku-buku keagamaan, membersih tandas dan mencuci longkang.

Aktiviti khidmat masyarakat ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara pelajar UUM dan pelajar KTA secara tidak langsung dapat menabur bakti kepada masyarakat.
Kumpulan khidmat siswa PERKOM-KTA juga berkesempatan menunaikan solat Asar berjemaah selepas minum petang.

Selaku Presiden PERKOM, Haizum Nadhirah berpendapat bahawa program-program sebegini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Salah seorang peserta khidmat siswa, Mohd Aiman Mohd Nor berpendapat bahawa aktiviti sebegini dapat melahirkan masyarakat yang berhemah tinggi terhapada masyarakat.

Majlis pertukaran cenderahati antara pihak PERKOM-KTA dengan Pengurusi Masjid Kampung Changkat Setoi mengakhiri program khidmat masyarakat. 



Peserta khidmat masyarakat memberi ucapan penutup kepada kesemua peserta.

ATLET UUMNGA WAKILI MGA LAWAN SGA

Oleh: Abdul Jabbar












Malaysian Golf Association(MGA) ialah satu badan bukan kerajaan ditubuhkan pada 29 Mac 1929 dengan bertujuan untuk mengurus integrity permainan sukan golf di Malaysia.

Baru-baru ini, MGA telah menghantar dua atlet UUMNGA menyertai MGA vs Singapore Golf  Association(SGA) yang berlangsung di Warren Golf & Country Club, Singapura pada 16 hingga 18 November 2015.

Pertarungan diantara MGA dan SGA ini mula diadakan pada tahun 1976, selepas diperkenalkan secara rasmi oleh kedua-dua negara untuk berentap secara adil dan sihat, pertandingan sebegini dapat mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua negara

Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar seramai 12 orang pemain amatur yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan empat pemain wanita.

Pemain yang berprestasi cemerlang dan berpontensi tinggi dipilih untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Tambahan pula terdapat satu sistem digunakan untuk menilai penilaian prestasi pemain masa kini iaitu ‘Order of Merit’(OOM) dalam usaha mencari pemain-pemain yang berbakat.

Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari. Mod permainan yang digunakan ialah mod ‘Foursomes’ pada pagi hari pertama, mod ‘Fourball’ pada sebelah petang hari pertama, dan mod ‘Singles’ pada hari terakhir pertandingan.

Kewujudan AGNUUM ini membuka peluang kepada pemain golf untuk meningkatkan prestasi dan memajukan diri dalam bidang golf. Jerteru itu, AGNUUM memainkan peranan penting dalam melahirkan pemain golf bertaraf antarabangsa yang berpengetahuan akademik.
Penyertaan dua orang wakil daripada AGNUUM membuktikan bahwa akademi ini mampu melahirkan lebih ramai pemain professional bertaraf antarabangsa dan meningkatkan taraf permainan sukan golf di negara ini.

Menurut atlet AGNUUM, Mohd Afif Bin Mohd Razif, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak AGNUUM untuk berlatih dan berlatih dan memperbaiki corak permainan, contohnya seperti driving rangeputting greensimulator dan puttlab yang moden untuk meningkatkan prestasi pemain.

Dalam hal ini, pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan bidang sukan golf di Malaysia hingga ke tahap yang paling tinggi dan mampu bersaing dengan pemain-pemain antarabangsa dengan mudah. 



Pasukan Malaysia menjulang trofi kejohanan SGA vs MGA 2015.


Mohd Afif dan Albright Chong – Dua atlet cemerlang UUMNGA yang mewakili MGA. 

PAMERAN GERAI AKADEMI GOLF UUM SEMPENA PESTA KONVO

Oleh: Muhammad Afif bin Muhammad Razif














SINTOK – Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (AGNUUM) membuka gerai buat pertama kali sempena minggu konvokesyen di tapak pesta berhampiran dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di UUM bermula pada 23 Oktober 2015.

Timbalan Pengarah Akademi Golf Nasional, Mohd Rom bin Muslim bekerjasama dengan beberapa pelajar atlet golf yang terlibat dalam program bagi membantu mengurus gerai golf ini.

Mohd Rom bin Muslim berkata “program ini adalah yang pertama kali dianjurkan dalam sejarah akademi golf kerana terdapat dua orang pelajar perintis akademi golf yang telah tamat pengajian dalam khusus komunikasi dan juga golf selepas beberapa tahun bergelar pelajar”.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan golf di negara kita ke tahap yang lebih tinggi dan melahirkan lebih ramai pemain golf yang berpelajaran pada masa depan. Ini kerana sukan ini kurang mendapat perhatian dalam masyarakat kita”’, kata beliau lagi.

Di samping itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar lain untuk mencuba bermain golf. Program ini terbuka kepada semua pelajar untuk mempelajari teknik bermain golf dengaan betul.

Program ini juga bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar lain yang melihat sukan golf ini hanya sesuai dimainkan oleh golongan elit dan tertentu sahaja malah dengan adanya sesi memberi taklimat sebelum program dijalankan dengan memberi tunjuk ajar kepada pelajar lain mampu mengubah persepsi negatif itu. 

“Sebenarnya, ramai pelajar yang berkeinginan untuk merasai sendiri pengalaman bermain golf, namun disebabkan tiada pengalaman, mereka malu untuk menggunakan kemudahan bermain golf yang ditawarkan oleh Akademi Golf Nasional yang sentiasa beroperasi di UUM”, tambah beliau lagi.

Pelbagai jenis aktiviti menarik disediakan dengan mengadakan pertandingan kecil iaitu seperti pukul bola masuk ke lubang dan hadiah menarik juga disediakan untuk pemenang yang berjaya dalam pertandingan tersebut. Tidak ketinggalan juga, gerai ini turut menyediakan pelbagai jenis peralatan golf untuk dijual dengan harga promosi dan murah kepada orang lain yang minat terhadap sukan ini.

“Saya berharap agar pihak penganjur akan mengadakan program ini secara berterusan supaya lebih ramai pelajar mengenali sukan golf dengan lebih dekat lagi dan mengharap mendapat sambutan yang menggalakan dari mahasiswa UUM pada masa akan datang”, tambahnya.


Pelajar yang datang mengunjungi gerai golf di tapak pesta konvo.

Pelajar berpeluang untuk mencuba bermain golf dan menyertai pertandingan yang disediakan.


Seorang wakil pelajar dari atlet golf memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya.

KARNIVAL ISLAM DAN KEUSAHAWANAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM)

Oleh: Muhammad Khidir Bin Md Azmi














SINTOK 23- Mei, Karnival Islam dan Keusahawanan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung baru-baru ini di Perkarangan Masjid Sultan Badlishah, UUM mampu melahirkan mahasiswa yang seimbang serta memberi pendedahan mengenai ilmu keusahawanan kepada mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, karnival tersebut dapat memberi dimensi baharu yang lebih segar mengenai Islam dengan memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Program kerohanian sebegini sangat penting kerana kita mahu mahasiswa mendekatkan diri dengan amalan kerohanian dan keagamaan kerana terdapat banyak salah faham dan salah tafsir mengenai Islam sejak kebelakangan ini,” katanya dalam majlis perasmian karnival tersebut baru-baru ini.

Bertemakan ‘Jom Ke Masjid’, karnival berbentuk pameran dan jualan langsung (bazaar selebriti dan vendor) daripada usahawan itu dianjurkan dengan kerjasama GAT Management Sdn. Bhd. dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM digarap sebagai alternatif kepada para belia bagi mengisi masa lapang.

Karnival itu juga menjadi medan bagi mengasah bakat serta mempraktikkan ilmu keusahawanan para pelajar dan selebriti disamping bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman dengan usahawan untuk memotivasikan diri serta meningkatkan lagi prestasi ke arah kecemerlangan.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP UUM, Mohd. Ali Faiz Salleh berkata, program yang pertama kali dianjurkan MPP UUM itu diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan mahasiswa.

“Tema karnival ini iaitu ‘Jom Ke Masjid’ diharap boleh menjadi pencetus kepada mahabbah iaitu kasih sayang kerana masjid adalah tempat tumpuan dan penyatuan umat Islam.

“Ia juga selaras dengan salah satu dasar MPP untuk mengimarahkan program dan aktiviti yang dijalankan di masjid,” ujarnya.

Selain gerai jualan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival berlangsung antaranya forum perdana, malam untuk Gaza dan lain-lain lagi.

Dengan adanya program karnival islam dan keusahawanan ini dapat memupuk semangat mahasiswa dan mahasiswi  kearah menimba pengalaman dan ilmu dengan lebih mendalam.

Selain itu,pelajar akan memperolehi banyak manfaat dengan turut serta program yang dianjurkan oleh pihak uum.Program ini juga bertujuan untuk menarik minat  pelajar terhadap program yang dianjurkan.Ianya juga akan memberi impak besar pada pelajar dari segi kepentingan supaya mendalami tentang agama islam dan juga ilmu tentang keusahawanan.

Dengan itu,para pelajar dapat bertukar pandangan kearah untuk lebih memajukan diri menjadi seorang usahawan yang berjaya.




Gambar ketika Timbalan Naib Canselor merasmikan majlis pembukaan Karnival Islam dan Keusahawanan. 

Saturday, December 12, 2015

Universiti Utara Malaysia (UUM) memenangi kategori nett di pertandingan golf Universiti Awam

Oleh:Mohamad Azmeer Bin Azmi 















KUALA MUDA 15 Okt. – Universiti Utara Malaysia (UUM) memenangi kategori nett di pertandingan golf Universiti Awam yang k 43 kali baru-baru ini

Kejohanan ini berlangsung di tiga tempat yang berbeza iaitu di Cinta Sayang Golf and Country Club di Sungai Petani, Harvard Golf and Country Club, di Bedong dan Darulaman Golf and Country Club di Jitra.

Seramai 315 pemain dari 20 Universiti Awam mengambil bahagian dalam kejohanan ini. UUM muncul juara dalam kategori nett selepas menewaskan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan perbezaan empat pukulan . Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan Universiti Malaysia Perlis di tempat ketiga dan keempat masing-masing.

Kejohanan yang diadakan ini juga mempertandingkan dimana mempunyai kategori VIP , pasukan UUM terdiri daripada Naib Canselor UUM , Prof Dato 'Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan UUM Pendaftar, Mohamad Akhir Hj. Yusuf, menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Selain itu, ketua pasukan UUM yang juga merupakan Timbalan Pengarah UUM Akademi Golf ( UUMNGA ), Prof. madya Dr. Abd Syukur Shaari turut serta dalam kejohanan ini.

Universiti lain juga mengambil kesempatan di dalam kejohanan ini untuk menghantar wakil pemain mereka untuk bersaing bersama-sama pemain UUM dan menunjukkan semangat kesukanan yang menyeluruh untuk bersaing dalam kejohanan ini. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara pemain universiti-universiti ini dan mengamalkan permainan yang menyihatkan dan berdisiplin.

Semua pemain UUM menunjukkan usaha dan semangat yang tinggi untuk bermain dengan baik di dalam kejohanan ini. Pemain-pemain atlet menjalani latihan yang intensif di bawah pengawasan jurulatih professional UUMNGA professional, Wan Rosni Wan Chik.

Penganjuran kejohanan golf ini dapat meningkatkan semangat kesukanan yang tinggi dan pemain sentiasa bersemangat untuk meneruskan minat mereka serta dapat memupuk disiplin yang tinggi antara pemain-pemain tidak mengira pemain itu daripada universiti lain.  




Barisan pemain yang mewakili team golf UUM