SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan yang ke-58 bertempat di Dewan Muadzam Shah baru-baru ini.
Sambutan yang
bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri mahasiswai
Universiti Utara Malaysia dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamad Mustafa Ishak.
Sambutan Hari
Malaysia dan Kemerdekaan dimeriahkan dengan deklamasi puisi , forum
kemerdekaan, persembahan badan beruniform serta persembahan nyanyian lagu
patriotik oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia.
Sebagai golongan
muda yang masih mentah, sambutan seperti ini harus dianjurkan lagi untuk
mengingti dan menghargai jasa pejuang-pejuang negara terdahulu yang sanggup
berkorban nyawa demi membebaskan negara kita dari penjajah serta mengingatkan
pada semua warga Malaysia amnya dan warga (UUM) khasnya tentang peristiwa
penubuhan negara Malaysia , jelas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
semasa perasmian sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan di Dewan Muadzam Shah.
Program yang
mendapat sambutan meriah daripada warga Universiti Utara Malaysia turut
diselangi dengan ucapan Naib Canselor UUM yang menyeru semua pelajar agar
sentiasa mencintai tanah air dan bersatu untuk mencapai kejayaan agar segala
pengorbanan nenek moyang kita dahulu membuahkan hasil serta bernilai.
Pihak penganjur
juga turut mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil sempena sambutan bulan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara
Malaysia.
Anak-anak muda harus sentiasa menghargai semua pengorbanan pejuang pejuang terdahulu kerana mereka sanggup berkorban harta dan nyawa untuk melihat anak dan cucu mereka hidup dalam negara yang aman dan damai.
No comments:
Post a Comment