Sintok 18okt. -Pelajar-pelajar baru ambilan sesi September 2015, teruja melihat suasana kampus Sintok yang menghijau.
Menurut Mohamad
Akmal Bin Abdul Wahab, seorang pelajar yang tinggal di Dewan Penginapan Pelajar
Yayasan Al-Bukhary, “saya tenang berada disini. Setiap pagi saya dapat
menghirup udara segar. Saya dapat belajar dengan tenang”.
“ Saya ada
kebebasan dan setiap hari saya dapat berfikir dengan tenang di kampus ini”
tambah beliau lagi.
Walaupun UUM
berada dalam kawasan hutan tetapi kehidupan di UUM yang dihiasi dengan
pokok-pokok bunga dan juga pokok-pokok buah-buahan dapat menaikkan seri kampus
Sintok yang seluas 1000 hektar.
Selain itu,
dalam kampus UUM juga terdapat pelbagai pokok-pokok hutan dara atau pokok-pokok
yang dijadikan ubat tradisional serta pokok-pokok yang boleh dikategorikan
sebagai pokok organik untuk dijadikan ulam-ulaman.
Suasana dalam
kampus UUM yang tenang, udara yang segar, kehidupan yang jauh dari kebisingan
kota dapat meningkatkan kecerdasan IQ pada mahasiswa.
Rata-rata
mahasiswa UUM sangat seronok belajar dan tinggal di dalam kampus kerana mereka
mendapat pelbagai kemudahan walaupun jauh dari banda mahupun pekan.
Seterusnya,
kampus UUM juga menyediakan pelbagai infrastruktur riadah antaranya litar go
kart yang bertaraf antarabangsa, ladang rusa, padang golf 9 lubang, tapak
equestrian berkuda, pusat sukan yang canggih dan bertaraf antarabangsa.
Salah satu
infrastruktur sukan dan riadah di UUM yang terkenal adalah litar go kart. Litar
go kart ini adalah yang pertama dunia yang dibina melawan arah jam dan litar go
kart diiktiraf oleh FIA di peringkat antarabangsa dan litar go kart ini adalah
yang ke-4 dalam universiti di peringkat dunia.
Infarstruktur
sukan dan persekitaran UUM telah melonjakkan UUM sebagai pusat tarikan
pelancongan yang berasaskan ‘ecotourism’. Pada hujung minggu dan
cuti sekolah UUM menjadi tumpuan para pelancong di utara Malaysia untuk
menggunakan kemudahan secara percuma.
UUM dengan
kapasiti pelajar yang seramai 27,000 orang berjaya menempatkan seluruh
pelajarnya dalam asrama-asrama yang ditetapkan dalam kampus. Justeru itu,
kehidupan di UUM sentiasa meriah ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan yang
canggih yang boleh dinikmati oleh pelajar-pelajar.
Kini, UUM
dikenali sebagai universiti pengurusan terkemuka mengorak langkah ke arah
memelihara persekitaran yang semula jadi di kampus Sintok dengan mengutarakan
baru iaitu UUM di rimba hijau. ‘Tagline’ ini untuk menghargai
suasana indah da menghijau yang masih belum tercemar untuk dinikmati oleh
pelajar-pelajar, kakitangan dang pelancong-pelancong dari luar.
No comments:
Post a Comment