Saturday, December 12, 2015

PEMAIN GOLF UUM MENGUNGGULI KEJOHANAN GOLF TERBUKA AMATUR SELANGOR 2015

Oleh: Muhammad Sazanur Iman













SHAH ALAM : Akademi Golf Nasional (AGN) telah menghantar seramai 10 orang atlet golf sebagai sandaran kepada kejohanan terbuka golf amatur Selangor yang berlangsung di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 oktober sehingga 22 oktober 2015.

Para atlet melalui pemilihan Akademi Golf Nasional UUM sebelum berlangsungnya kejohanan terbuka amatur Selangor, setiap atlet yg berjaya melepasi pemilihan diberi masa selama seminggu untuk membuat persediaan rapi sebelum kejohanan.

Walaupun atlet golf UUM gagal untuk memiliki takhta juara tetapi seramai 3 daripada 10 atlet golf UUM berjaya mendapat 10 tangga teratas di dalam kejohanan tersebut.

Menurut Aiman Md. Noor, sebagai pemain yang paling menonjol dalam kalangan atlet golf UUM, beliau memberitahu bahawa “prestasi agak kurang menyengat pada hari terakhir kejohanan dan banyak kesilapan kecil yg beliau lakukan”.

Akademi Golf Nasional UUM banyak memberi pendedahan kepada para atlet golf dalam pertandingan golf bertaraf amatur sebagai persediaan kepada kejohanan dunia antara universiti.



Iklan Pertandingan

No comments:

Post a Comment