Saturday, December 12, 2015

PBS PENTAS KESENIAN MAHASISWA UUM

Oleh-Wira Mohammad Al-Amri Bin Ahmad Wasil












Universti Utara Malaysia merupakan satu universti pengururusan terkemuka di Malaysia. ia mempunyai ramai pelajar dari Malaysia serta luar negara. Di kampus, pelajar bukan hanya tumpu kepada aktiviti pembelajaran saja tetapi juga boleh mengembangkan bakat didalam bidang kesenian.

Di Universti Utara Malaysia, PBS merupakan satu pusat yang menyediakan kemudahan mengenai kesenian Pelbagai kemudahan disediakan oleh PBS seperti  studio muzik, studio fotografi, bilik kelab kegiatan pelajar dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kesenian.

PBS merupakan platform yang baik untuk pelajar bagi menonjolkan bakat terhadap kesenian serta minat yang ada pada pelajar. Pelbagai kelab ditubuhkan oleh Pusat budaya dan Seni,  kelab musik, kelab teater, kelab tarian (bidasari), kelab fotografi dan lain-lain.

Menurut Pengarah Pusat Budaya dan Seni, En. Huzaidy Bin Hussain berkata, “kelab-kelab ini dibuat bagi mengenal pasti bakat-bakat baru serta mengilap bakat-bakat sedia ada untuk masa akan datang bagi mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia”. Menurut beliau lagi, “walaupun kita tidak mempunyai fakulti kesenian dengan adanya kemudahan ini ia dapat menandingi universti lain dan membuktikan yang Universti Utara ini boleh menandingi mereka di dalam kesenian”.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Budaya dan Seni ini antaranya, bengkel-bengkel sepeti bengkel muzik, tarian, teater, fotografi , pengucapan awam dan lain-lain. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan serta pembelajaran kepada pelajar-pelajar.

Menurut En. Nazri Yauddin yang merupakan pegawai kebudayaan PBS berkata “bengkel-bengkel ini dijalankan bagi menggilap bakat yang sedia ada dalam diri para pelajar, ia juga merupakan satu proses pembelajaran kepada para pelajar bagi menambahkan ilmu dalam kesenian dan juga menambahkan teknik dan cara bagi para pelajar.” katanya.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di Pusat budaya dan seni Universiti Utara Malaysia ini dan memberi bermanfaat untuk pelajar bagi menonjol serta mengasah bakat dalam bidang kesenian.

Menurut salah seorang pelajar yang begiat aktif di PBS, Mohd Arimi yang merupakan Pengerusi Kelab Muzik , “Pusat budaya telah banyak membantunya mengasah bakat dalam bidang musik”. “PBS juga telah banyak mengetegahkan bakat-bakat para pelajar di peringkat negeri dan juga kebangsaan,” katanya.


Oleh itu, PBS merupakan satu platform yang terbaik untuk pelajar Universiti Utara Malaysia untuk mengembangkan bakat mereka.





 Menunjukkan pelajar-pelajar sedang berlatih musik.

  Kelas teori yang dijalankan oleh En.Nazri Yaudin

Geleri seni di Pusat Budaya dan Seni, UUM.


No comments:

Post a Comment