Saturday, December 12, 2015

AGNUUM PLATFORM LAHIRKAN PEMAIN GOLF NEGARA

Oleh: Mohamad Najwan Abdullah













Penubuhan Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (AGNUUM) merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melonjakkan nama negara diperingkat global melalui sukan golf.

Selaras dengan inspirasi Naib Canselor yang merupakan peminat tegar sukan golf, maka AGNUUM telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai sebuah pusat kecemerlangan sukan golf yang pertama di rantau ini.

Objektif utama penubuhan akademi ini adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah pusat latihan dan kecemerlangan sukan golf berprestasi tinggi dan terkenal di peringkat antarabangsa, serta menawarkan program akademik seperti program Diploma, Sarjana Muda,dan Sarjana khusus dalam bidang pengurusan golf dan rekreasi.

Selain itu, AGNUUM juga menyediakan latihan professional yang menawarkan sijil-sijil berkaitan industri golf, serta menawarkan khidmat perundingan fasilitator kepada penyelidik membuat kajian tentang sukan golf.

Berdasarkan kepada matlamat yang hendak dituju, harus dilihat kepada visi utama iaitu menjadikan AGN sebagai sebuah organisasi pengurusan golf yang terunggul di arena antarabangsa.
Pelajar-pelajar yang terpilih untuk berada di bawah naungan AGNUUM amatlah bertuah kerana pihak universiti sememangnya menyediakan tenaga pengajar mahir yang mempunyai kelulusan tinggi serta berkualiti setanding dengan tenaga pengajar yang terdapat di akademi golf luar negara.

Sebagai pusat kecermelangan sukan golf, AGNUUM telah menyediakan kemudahan latihan yang mencukupi dan teknologi moden seperti driving range serta perangkap pasir, putting green, golf stimulator, flightscope, dan sam puttlab.

Timbalan Pengarah AGNUUM, En. Mohd Rom Bin Muslim berkata, penubuhan akademi golf ini bukan sahaja bermatlamat untuk melahirkan pemain golf professional bertaraf dunia namun pada masa yang sama mahu generasi muda yang berpendidikan tinggi.

“Kita bukan sahaja ingin mengasah bakat muda dalam sukan golf tetapi juga mahu melahirkan atlet yang berpendidikan dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Kita percaya bahawa melalui akademi seperti ini dapat membentuk pelajar yang berdisiplin, memiliki personaliti menarik dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi melalui sukan golf,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Menurut kepada salah seorang atlet AGNUUM, Mohd Aiman Bin Mohd Noor berkata akademi sebegini telah banyak membantu meningkatkan reputasi permainan golf di Malaysia dengan mempertengahkan pemain-pemain yang berbakat untuk mewakili negara di dalam termasya antarabangsa seperti World University Games dan Sea Games.


Mohd Rom Bin Muslim – Timbalan Pengarah AGNUUM

No comments:

Post a Comment