Saturday, December 12, 2015

Hari Sukan Negara UUM

Oleh: Muhammad Idril Harley b Mohd Azizee 














SINTOK 11 OKT - Universiti Utara Malaysia telah menyambut Hari Sukan Negara yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 11 Oktober yang lepas.

Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir turut hadir bagi merasmikan sambutan di UUM yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan seluruh Kedah.

Sambutan Hari Sukan Peringkat Negeri Kedah ini berlangsung di Pusat Sukan UUM dan disertai 10,000 peserta yang terdiri daripada mahasiswa UUM, kakitangan UUM dan orang ramai yang tinggal berdekatan dengan UUM.

Pelbagai acara sukan diadakan seperti senamrobik dan fun walk bersama Menteri Besar Kedah. Cabutan bertuah dan pameran juga turut diadakan bagi menarik minat pengunjung dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk mencapai aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara yang berkebolehan dalan segala jenis sukan.

Hari Sukan Negara akan terus disambut pada hari Sabtu kedua bulan Oktober setiap tahun, sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada bukan Mac yang lepas.

Turut hadir ke sambutan tersebut ialah Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Yang Berhormat Aminuddin Omar dan Timbalan Naib Canselor UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim.



Menteri Besar Kedah bersama tetamu menjalani aktiviti fun walk

Peserta sedang berselfie bersama Menteri Besar Kedah

No comments:

Post a Comment