Saturday, December 12, 2015

KEM PEMBANGUNAN PELAJAR CAS


Oleh: NURSYAHIRATUL NISAA BT SHAHRUL ANUAR














Sintok 15 Okt.­ - CAS of College Arts And Sciences, UUM (CAS) telah menganjurkan kem pembangunan pelajar selama dua hari satu malam di PLKN Sintok baru-baru ini.

Program berbentuk team builing ini bertujuan untuk memberi agenda pendedahan tentang system pengurusan pelajar yang baru.

Kem ini disertai oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai persatuan di bawah pentadbiran UUM, CAS.

Program yang berlansung dari 15-16 Oktober 2015 telah disertai oleh 50 orang pelajar.  

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh peserta antaranya adalah berjalan malam, senaman pagi dan merempuh halangan yang dipantau oleh jurulatih Kem PLKN, Sintok.

Presiden Persatuan Komunikasi UUM (PERKOM), Cik Haizum Nadirah Bt Md Yusoff berkata “beliau terpaksa berdepan dengan beberapa ujian yang agak sukar khususnya aktiviti berjalan kaki pada wkatu malam”.

“Selain itu, aktiviti merempuh halangan juga adalah yang paling mencabar kerana memerlukan semangat berpasukan dan saiz badan juga menjadi faktor permasalahan dalam perlumbaan merempuh halangan ini,” jelas beliau lagi.

Menurut salah seorang ahli persatuan yang menyertai kem tersebut, Nur Nabila Bt Mohd Mansor berkata, “program ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan khususnya aktiviti berjalan malam yang bertujuan untuk melatih keyakinan diri”.

Tambah beliau lagi, “aktiviti merempuh halangan dapat memberi peluang untuk mereka berkerjasama walaupun dari kumpulan yang berbeza.” 

Program tahunan anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM CAS berjaya menerakan semangat kerja berpasukan disamping membina jati diri dalam kalangan ahli persatuan di bawah naungan UUM CAS. 






Aktiviti gotong-royong BBQ

Ahli PERKOM bergambar selepas melakukan aktiviti berjalan malam

 Bergambar sebelum melakukan aktiviti merempuh halangan bersama ahli PERKOM


No comments:

Post a Comment