Pesta
Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-28 telah pun berlangsung pada 21
– 28 Oktober 2015 bertempat di Tapak Pesta Konvo, UUM. Pelbagai gerai dan
jualan diadakan bagi merai graduan-graduan beserta keluarga.
Akademi Golf
Nasional (AGN) juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pesta tersebut. AGN telah membuka booth golf bagi memberi peluang kepada
para pengunjung untuk mengenali sukan golf. Booth AGN dikendalikan oleh atlet
naungan AGN.
Para pelajar AGN
telah memberi tunjuk ajar kepada pengunjung tentang permainan golf. Mereka
berkongsi pengalaman dan ilmu dengan memberi tunjuk ajar kepada pengunjung.
Pada masa kini,
seramai 42 orang pelajar berada dibawah naungan AGN termasuk dua orang pemain
professional. Pelajar AGN adalah atlet-atlet golf yang berprestasi tinggi dan
mewakili Negara kita ke pertandingan antarabangsa.
Tujuan AGN
membuka booth golf di Pesta Konvo adalah untuk memberi pendedahan tentang sukan
golf kepada orang ramai yang telah datang ke tapak pesta tersebut dan kepada
para pelajar yang ingin mempelajari sukan golf.
Altenatif ini
secara tidak langsung dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan golf
itu sendiri.
Dengan cara sebegini
para pelajar UUM dan orang ramai mampu untuk mendalami dan berpeluang mempunyai
pengalaman yang tersendiri dalam sukan golf. Ini bersesuaian dengan apa yang
ingin dibuat oleh AGN iaitu setiap pelajar haruslah mempunyai pengalaman yang
tersendiri dalam sukan golf ini. Walaupun ianya hanya pengetahuan asas
berkaitan sukan golf.
Sepanjang
berlangsungnya Pesta Konvo tersebut AGN telah mengadakan beberapa aktiviti
pertandingan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke booth. Aktiviti yang telah
diadakan adalah seperti para pelajar UUM dan para pengunjung dapat membuat
pukulan dan di bantu oleh para pelajar AGN. Selain itu terdapat juga
pertandingan putting di mana setiap permain diberi peluang
untuk membuat pukulan sebanyak lima kali sebelum menyertai pertandingan
tersebut. Setiap pertandingan dikenakan bayaran sebanyak RM1. Pemain dapat
memasukkan bola yang paling banyak ke dalam lubang mereka akan diberi hadiah
merupakan hamper makanan.
Diharapkan
dengan adanya aktiviti seperti ini dapatlah memberi peluang kepada semua
pelajar UUM untuk merasai pengalaman bermain sukan golf itu sendiri. Selain itu
mereka juga mungkin boleh mencungkil bakal di dalam diri mereka yang mana
mereka tidak pernah ketahui. Ini kerana mungkin mereka merasakan bahawa sukan
golf adalah sukan yang mahal dan malas.
No comments:
Post a Comment