Saturday, December 12, 2015

PRO-ASPIRASI MENANG PILIHAN RAYA KAMPUS UUM 2015

Oleh: Mohd Aiman Mohd Noor












Sintok Kedah Universiti Utara Malaysia – Pilihan raya kampus pada  7 Oktober 2015 dimenangi oleh kumpulan Pro-Aspirasi telah memenangi 23 kerusi daripada 36 kerusi. Di kerusi umum saudara Aiman Nazheri, Siti Zalina, Syafiah, Azwan Siri dan Shahadat. 

Kemenangan Pro- Aspirasi juga telah memenangi di bahagian pusat pengajian yang terdiri daripada School of Quantitative dan School of Computing menang tanpa bertanding manakala kerusi di bahagian College Art and Science telah memenangi beberapa kerusi dan kerusi di bawah College of Government and Internaional Studies. Selain itu, kekalahan College of Business telah kalah pada tahun ini.

Strategik yang digunakan oleh parti Pro-Aspirasi memastikan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kali ini merupakan calon-calon yang berwibawa dengan mempunyai latar belakang yang baik untuk bertanding

Strategik yang digunakan adalah dengan mempromosikan calon-calon dari segi kebolehan mereka dalam mengendalikan program-program yang dianjurkan dan menceritakan latar belakang dari segi pencapaian dan kejayaan yang diperolehi oleh mereka seperti menjawat jawatan dan memenangi anugerah-anugerah dalam Universiti Utara Malaysia.

Pro-Aspirasi memenangi mudah pilihanraya kali ini kerana calon-calonnya menitik beratkan kebajikan pelajar dan dalam perjuangan Pro-Aspirasi adalah layak menyokong dan mendokong pelajar dan membantu kebajikan pelajar UUM.Pro-Aspirasi juga memastikan bahawa tiada campur tangan politik luar dalam pengaruhi pelajar UUM.

Pro-Aspirasi memastikan bahawa suara pelajar dan rungutan serta permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar didengari oleh pihak pengurusan Universiti dalam menetapkan dasar yang hendak dilaksanakan bagi memastikan dasar tersebut dilaksanakan itu melestarikan pelajar.
Bagi para jentera yang memperjuangkan hak pelajar adalah untuk memastikan suara pelajar didengari dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Universiti tidak mensulitkan para pelajar.

Namun, suara pelajar itu perlulah melalui saluran-saluran yang telah disediakan oleh pihak pengurusan universiti..

Akhirnya, untuk memastikan generasi dan pelajar yang baru akan masuk menerusi legasi nama baik Universiti diteruskan dan mampu dimanfaatkan oleh mereka.


Naib Canselor UUM Prof Dato Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak bersama calon-calon Pro-Aspirasi dan Transformasi Mahasiswa.

No comments:

Post a Comment