Saturday, December 12, 2015

PROGRAM MOBALITI PELAJAR KTA DI UUM

Oleh: ABDUL MU’IZ B. KHAIRIL ANUAR 












SINTOK 12 Okt. Program Mobiliti Berkredit pelajar program komunikasi Kolej Teknologi Alpha (KTA) telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama tiga hari dua malam.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar KTA tentang situasi kehidupan di kampus Sintok.

Program ini disertai oleh 120 orang pelajar berserta tiga orang pensyarah pengiring.

Sebagai tuan rumah Persatuan Komunikasi (PERKOM) UUM telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia sepanjang Program Mobaliti tersebut.

PERKOM dengan kerjasama Akademi Golf Nasional (NGA) telah mengadakan sesi pendedahan sukan golf di lapangan sasar ataupun driving range pada sebelah petang hari pertama.

“Tidak semua Universiti di Malaysia mempunyai kemudahan sukan golf seperti UUM. Para pelajar (KTA) seharusnya menggunakan peluang ini untuk membuka mata mereka tetang kelebihan sukan golf,” ujah Pengarah Program Mobaliti Siti Fatimah.

Rombongan (KTA) turut diraikan dalam majlis jamuan makan malam yang bertemakan tradisional di dewan makan Pusat Islam.

Beberapa acara budaya dideklamasikan oleh pelajar PERKOM dan KTA. Antaranya seperti tarian tradisional, dikir barat, sajak oleh alumni PERKOM serta petunjukan silap mata oleh pensyarah KTA.

Selain itu pelajar KTA turut didedahkan dengan aktiviti gotong-royong di Masjid Cangkat Setoi dan Sekolah Rendah Bandar Baru Sintok.

Program Mobaliti KTA yang julung kali diadakan di UUM telah memberi pengalaman baru kepada pelajar-pelajar tentang kehidupan mahasiswa di Sintok dan menyumbangkan bakti kepada masyarakat tempatan. 


Pada hari pertama Kolej Teknologi Alpha tida di Universiti Utara Malaysia

Pada jamuan makan malam yang bertemakan tradisional di Pusat Islam, UUM

No comments:

Post a Comment