Saturday, December 12, 2015

UNIVERSITI DI RIMBA HIJAU

Oleh:Tengku Syahiran













 Tema ‘Tagline’ UUM: Universiti Di Rimba Hijau

UUM SINTOK: Pada 20 Oktober 2015, Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta nama di peringkat dunia menerusi ‘Tagline’ baru iaitu Universiti Di Rimba Hijau. ‘Tagline’ baru ini lahir berdasarkan kedudukan kampus Sintok yang dikelilingi flora dan fauna serta keindahan yang mengelilingi kawasan kampus. Majlis pelancaran ‘Tagline’ baru telah di sempurnakan oleh Canselor, Prof. Dato Seri Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Anjung Tamu UUM.

Menurutnya, ‘Tagline’ baru ini dipilih memandangkan lokasi kampus yang merupakan bekas lombong bijih timah dan dikelilingi pemandangan hutan yang indah. ‘Tagline’ universiti Di Rimba Hijau ini mampu membawa nama UUM ke tahap yang lebih tinggi sebaris dengan Universiti hebat di Malaysia mahupun di luar negara.

Ciptaan ‘Tagline’ baru ini adalah bertujuan untuk membuka mata dunia bahawa pentingnya pemeliharaan alam semulajadi kepada sistem pembelanjaran di kampus dan ‘Tagline’ Universiti Di Rimba Hijau menggambarkan situasi sebenar keindahan yang dimiliki di dalam kawasan kampus UUM. Di samping itu, untuk mempromosikan ‘tagline’ baru UUM, pihak universiti telah membangunkan beberapa elemen-elemen pelancongan seperti kereta kuda dan trem. Perkhidmatan ini dibuka kepada semua masyarakat untuk melihat sendiri keindahan yang di miliki oleh UUM di kawasan Hutan Simpan Sintok.

Kini dunia sibuk bercakap mengenai ‘green technology’ tetapi tanpa disedari bahawa kampus UUM terletak di dalam kawasan ‘green rain forest’, sekaligus menjadi ‘Universiti in A Green Forest’ dalam konteks dunia makin dimusnahkan ujar naib canselor.






“Dengan kelebihan ini, saya mahu semua warga kampus memanfaatkan alam semulajadi yang dimiliki sekarang dan sama-sama semua warga UUM membantu menaikkan nama sebagai universiti dalam rimba hijau di luar negara. Kelebihan keindahan yang dimiliki dapat membezakan UUM dengan Universiti lain di Malaysia ini”, jelas beliau lagi.

“Warga UUM perlu mengunakan kelebihan dan kekuatan UUM ini dengan menzahirkan rasa bangga kerana Universiti ini dibina dalam kawasan yang dilengkapi landskap menarik dan semulajadi, malah boleh menarik seramai mungkin pelawat untuk jatuh cinta dengan ‘Universiti di Rimba Hijau’ ini” , katanya.

Universiti Utara Malaysia berusia 31 tahun yang ditubuhkan pada tahun 1984, telah mendapat jolokan sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka di Malaysia. Di samping itu, Universiti Utara Malaysia  merupakan universiti yang menduduki tangga keenam dalam senarai penubuhan Universiti di Malaysia dan secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Universiti Utara Malaysia juga merupakan satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya bidang pengurusan menjadi khusus utama dalam awal penubuhannya. Oleh itu, UUM telah dikenali sebagai sebuah universiti yang menerajui dalam melahirkan graduan yang berkualiti dalam bidang pengurusan dan telah di letakkan sebaris dengan universiti terbaik di dunia dalam bidang pengurusan.

Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila idea asal dicetus oleh mantan Perdana Menteri yang ke- 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad seiring dengan wawasan yang di perkenalkan oleh beliau iaitu Wawasan 2020 dan cetusan idea ini lahir apabila beliau berhasrat untuk menaik taraf status Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam pelbagai industri menjelang tahun 2020. Penubuhan Universiti Utara Malaysia  merupakan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap memperkembang dan membangunkan pendidikan di Malaysia.


Pada 19 Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang telah dinamakan ‘Projek Universiti Keenam’ yang terletak di Kedah. Oleh itu, pejabat rasmi Universiti Keenam ini telah di namakan Universiti Utara Malaysia dan secara rasminya dibuka pada 15 Februari 1984 di Jitra sebelum beberapa bulan kemudian UUM telah berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.

Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di hujung utara ini bermula membina kampus tetapnya yang terletak di Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Kampus tetap ini telah menelan kos sebanyak RM580 juta yang di bina atas tanah seluas 4,000 hektar yang terletak di kawasan Hutan Simpan Sintok. Di samping itu, lokasi kawasan Hutan Simpan Sintok di pilih untuk pembinaan kampus tetap adalah kerana kekayaan kehijauan yang di milik oleh kawasan Hutan Simpan Sintok dapat memberi kenangan kepada pelajar yang bakal menimba ilmu di Universiti Keenam ini.
.
Kampus tetap (UUM) yang terletak di sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai dan indah, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah dengan flora dan faunanya. Di samping itu, keindahan di dalam kampus ini dapat di lihat apabila terdapat dua sungai iaitu Sungai Sintok dan Sungai Badak yang bertemu di tengah-tengah kampus.

Menurut catatan sejarah, nama ‘Sintok’ di ambil daripada nama sejenis pokok, asalnya adalah merupakan sebuah petempatan terpencil yang menetapkan para pelombong bijih timah pada zaman dahulu. Sebelum terbinanya kampus tetap (UUM) ini, Sintok merupakan kawasan yang kaya dengan hasil bumi iaitu lombong bijih timah dan pada masa dahulu kawasan ini  mempunyai seramai 3000 penduduk yang rata-ratanya bergiat aktif dalam aktiviti pemlombongan dan pembalakan.

Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada Januari 1989 dan telah mula beroperasi pada 15 September 1990. Perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya di capai pada 1 januari 1991 dan pada tahun 1993 kampus tetap (UUM) telah siap sepenuhnya. Bangunan- bangunan utama yang menjadi lambang utama kejayaan (UUM) adalah Bangunan Akademik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran Canselori, Masjid Sultanah Bahiyah, Dewan Mu’adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, Kompleks Sukan, Varity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.

Pada hari ini, nama Universiti Utara Malaysia UUM sudah menjadi sebutan apabila selama 31 tahun pengasasannya UUM telah memperolehi pelbagai kejayaan yang telah membantu nama UUM menjadi antara universiti terbaik di Malaysia. Kejayaan dari segi pembangunan akademik telah melonjakkan nama Universiti Utara Malaysia kepada tahap yang tertinggi.  Di samping itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah di pilih sebagai universiti yang terbaik dalam bidang pengurusan, ini menunjukkan bahawa cetusan idea membina sebuah universiti yang mampu membantu membangunkan pendidikan Malaysia adalah berhasil.

            


No comments:

Post a Comment