Saturday, December 12, 2015

UUM UNGGULI PIALA KSU-KPT 2015

Oleh: Mohd Akmal B Abd. Wahab 













Kejohanan Golf Piala Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2015 telah dianjurkan dengan jayanya. Kejohanan tahunan ini diadakan di Amverton Cove Golf Resort, Pulau Carrie, Selangor pada 8 sehingga 10 Mei lalu.

Seramai 120 pelajar mewakili IPTA dan IPTS serta Kolej Vokasional seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Antaranya UKM, UPSI, UNIMAS, USIM, UIA, USM termasuk UUM.

UUM diwakili oleh 35 pemain dari Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun sebelum ini.

Tujuan kejohanan ini dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat pemain muda golf di Malaysia yang khususnya dari kalangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi.

Tambahan lagi, kejohanan ini merupakan acara tahunan terbesar sukan golf IPT dimana Universiti Utara Malaysia (UUM) bertindak sebagai host dibawah pemantauan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

UUM selaku penganjur bersama kejohanan tahunan ini, telah berjaya menjuarai keseluruhan kategori yang mengambil kutipan mata terbanyak. Ini adalah sumbangan terbesar pasukan UUM tahun ini di peringkat kebangsaan sebagai pusat kecemerlangan sukan golf terbaik negara yang bertaraf akademi.

Selepas Kejohanan ini, tiga pemain lelaki terbaik dan tiga pemain wanita terbaik telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke Asean University Games yang akan diadakan di Gwangju, Korea Selatan pada bulan Julai. Antara pemain yang terpilih ialah Muhd Afif B. Muhd Razif (UUM), Hillferah Tan (UUM), Nur Durriyah Damian dan Loy Hee Yee.

Menurut salah seorang pemain terbaik yang mewakili Malaysia, Hillferah Tan siswi Universiti Utara Malaysia(UUM) telah menyatakan hasrat dan harapan berpasukan untuk membawa pulang pingat emas untuk negara. Walaupun hasrat pasukan golf Malaysia tidak tercapai, mereka telah berjaya mendapat tempat keeenam dan ini merupakan antara pencapaian terbaik Malaysia bagi pasukan wanita setakat ini.

Acara tahunan ini bakal dianjurkan sekali lagi pada tahun hadapan untuk mencungkil lebih ramai pemain terbaik dalam kalangan pelajar IPT. Tarikh dan tempat kejohan akan diumumkan bila-bila masa oleh pihak Akademi Golf Nasional UUM. Bagi tahun 2016, pemain-pemain terbaik akan dipilih untuk mewakili negara ke World University Golf Championship di Perancis. 





No comments:

Post a Comment