Saturday, December 12, 2015

DPP YAB Kekal Prestasi Juara Bertahan

Oleh: Mohamad Najwan Abdullah













Sintok 18 Okt. – Dewan Penginapan Pelajar Yayasan AlBukhary (DPP YAB) sebagai juara bertahan kejohanan bola sepak Sukan Universiti Utara Malaysia (SUKUUM) berazam mengekalkan prestasi cemerlang pada kejohanan kali ini.

Kejohanan SUKUUM bagi acara bola sepak berlangsung dari 18 Oktober hingga 30 November melibatkan 14 pasukan dewan penginapan pelajar UUM.

Kesemua perlawanan yang dijadualkan berlangsung di padang A dan padang B Pusat Sukan UUM, manakala perlawanan akhir di Stadium UUM.

Kapten pasukan, Mohd Nabilalif Bin Mohd Rosli berkata, pasukan YAB kini sudah bersedia dan bersemangat untuk mengharumkan nama DPP YAB sekali lagi.

“Saya dan semua pemain telah menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh sejak tiga minggu yang lepas.

“Di dalam sesi latihan, kami telah menjalani latihan khususnya dari aspek taktikal dan strategi bagi menyerapkan kerjasama dalam pasukan.

“Kami juga telah banyak mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan DPP lain sebagai satu inisiatif untuk memantapkan keserasian pasukan,” katanya pada Majlis Pelancaran Jersi dan pengenalan pemain pasukan DPP YAB, kelmarin.

Menurut beliau, perlawanan pertama kumpulan D antara DPP YAB menentang DPP TM yang sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober terpaksa ditangguhkan ke 19 November akibat jerebu teruk.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada 29 Oktober menentang pasukan DPP BANK MUAMALAT manakala perlawanan ketiga menentang DPP BANK RAKYAT pada 17 November.

“Saya harap pasukan DPP YAB akan kekal fokus dan sentiasa tenang semasa sesi latihan dan perlawanan yang akan berlangsung pada minggu hadapan,” jelasnya lagi.


Nabil alif – Ketua pasukan bola sepak DPP YAB. 

Pasukan DPP YAB kemas memperagakan jersi baharu pasukan pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain DPP YAB.

No comments:

Post a Comment