Saturday, December 12, 2015

DUA ATLET PERINTIS UUMNGA BERGRADUAN

Oleh: D'zul Azam Bin Jasmi













SINTOK – Dua atlet perintis Akademi Golf Nasional buat julung kalinya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada Majlis Konvokesyen ke-28 baru-baru ini.

Saudara Faidrul Helmi Bin Hj. Idris dan saudari Marianne Chin yang mula memasuki Universiti Utara Malaysia melalui Akademi Golf Nasional pada sesi 2010/2015.

Kejayaan Faidrul dan Marianne membuktikan bahawa atlet golf juga boleh berjaya sekiranya menerapkan disiplin, latihan dan pelajaran.

Kejayaan graduan perintis ini juga turut meningkatkan reputasi Akademi Golf Nasional dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti serta boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Selain itu juga, dengan kejayaan dua atlet golf perintis ini telah membuktikan bahawa seorang atlet yang berjaya juga mampu menggenggam segulung ijazah dan mencapai cita-cita.

“Sepanjang penglibatan saya di UUMNGA, saya telah menyertai pelbagai kejohanan golf di seluruh negara dan pada waktu yang sama saya terpaksa memberi tumpuan kepada pelajaran”, kata Faidrul.

Disamping itu, Marianne pula menyatakan bahawa “sebagai seorang pelajar yang sibuk dan mempunyai banyak tugasan, kita harus sentiasa sabar dan kuat serta mengingati kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban demi kejayaan kita dimasa hadapan”.

Marianne yang kini bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC) turut berkongsi pengalaman dengan menyatakan bahawa “kehidupan sebagai seorang pekerja jika dibandingkan sebagai seorang pelajar ia adalah lebih mencabar kerana kita harus sentiasa lebih produktif dan invatif untuk mencapai objektif organisasi”.

Setelah bergraduan, Faidrul Helmi kini meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang pemain golf professional dengan mengikuti kejohanan anjuran Professional Golf Malaysia Tour (PGM).

Kejayaan kedua-dua atlet golf perintis UUMNGA yang telah menamatkan pengajian telah mengangkat imej Akademi Golf Nasional sebagai sebuah akademi sukan yang cemerlang dan secara tidak langsung juga telah membuktikan bahawa atlet sukan juga mampu berjaya dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment