Saturday, December 12, 2015

YAB JUARAI DIKIR BARAT

Oleh: Wira Mohammad Al-Amri Bin Ahmad Wasil













SINTOK: Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary (DPP YAB) telah menjuarai pertandingan dikir barat sempena University Culture Festival 2015 dijlankan di Pusat Budaya Dan Seni Universiti Utara Malaysia baru-baru ini. 

Pertandingan dikir barat disertai oleh lapan buah Dewan Penginapan Pelajar. Pertandingan ini dijalankan pada sebelah malam 26 September. Tema yang ditetapkan ialah “ martabatkan seni julangkan budaya”.

Dalam acara dikir barat, terdapat 8  dewan penginapan pelajar yang sertai pertandingan ini. Ia dijalan pada sebelah malam 26 september. Tema yang perlu ada dalam lagu-lagu dikir barat ialah “mertabatkan seni julangkan budaya”. Pertandingan ini perlu mempunyai ahli tidak lebih daripada 20 orang dan masa persembahan diperuntukan antara 15-20 minit. Masa persembahan yang ditetapkan bagi setiap kumpulan adalah antara 15-20 minit dan setiap kumpulan tidak melebihi 20 orang ahli. Pelbagai kreativiti dan gaya persembahan yang menarik yang ditonjolkan oleh pelajar.

Menurut Muhammad Sharul Hakim merupakan ketua kumpulan dikir DPP YAB, “kejayaan yang dicapai ini, adalah titik peluh seluruh kumpulan dan komitmen yang ditonjolkan oleh seluruh ahli kumpulan.”

Menurutnya lagi, “kerjasama yang tinggi dan minat yang tinggi kepada kesenian dikir barat adalah amat penting untuk melahikan jiwa yang sebati dalam kesenian ini.” Selain itu, tempat kedua dan ketiga pertandingan ini dimenangi oleh DPP TNB dan DPP SME Bank.

Acara ini merupakan satu platform yang amat baik bagi pelajar untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam kesenian. Seterusnya, dapat memartabatkan kesenian supaya tidak hilang dimamah masa dan dapat melahirkan suasana budaya yang amat harmoni antara pelajar. 



Gambar persembahan daripada kumpulan yab

 Gambar persembahan daripada kumpulan yab

No comments:

Post a Comment