Monday, December 14, 2015

KHIDMAT SISWA PERKOM-KTA

Oleh: Abdul Jabbar













Changlun: Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia(PERKOM) dengan kerjasama Kolej Terknologi Alpha(KTA) telah berganding bahu menjayakan khidmat siswa di Kampung Changkat Setoi, Changlun pada 13 Oktober 2015.

Ketibaan rombongan 50 pelajar dalam program khidmat masyarakat ini di rai oleh jawatankuasa Masjid Kampung Changkat Setoi

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut aktiviti gotong-royong di sekitar masjid. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan kawasan masjid seperti memotong rumput, mengutip sampah, mencuci lantai, mengelap cermin dan rak, menyusun sejadah, al-Quran, buku-buku keagamaan, membersih tandas dan mencuci longkang.

Aktiviti khidmat masyarakat ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara pelajar UUM dan pelajar KTA secara tidak langsung dapat menabur bakti kepada masyarakat.
Kumpulan khidmat siswa PERKOM-KTA juga berkesempatan menunaikan solat Asar berjemaah selepas minum petang.

Selaku Presiden PERKOM, Haizum Nadhirah berpendapat bahawa program-program sebegini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Salah seorang peserta khidmat siswa, Mohd Aiman Mohd Nor berpendapat bahawa aktiviti sebegini dapat melahirkan masyarakat yang berhemah tinggi terhapada masyarakat.

Majlis pertukaran cenderahati antara pihak PERKOM-KTA dengan Pengurusi Masjid Kampung Changkat Setoi mengakhiri program khidmat masyarakat. 



Peserta khidmat masyarakat memberi ucapan penutup kepada kesemua peserta.

No comments:

Post a Comment