Kelab Golf dan
Rekreasi Universiti Utara Malaysia (KGRUUM) telah ditubuhkan pada 31 Julai 1994
oleh KDYMM Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Sultan
Badlishah. Pada 24 Februari 2011, rumah kelab golf yang baru telah ditubuhkan.
Rumah kelab golf baharu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yasin.
Penubuhan rumah
kelab golf baharu adalah merupakan salah satu kemudahan yang dinaik taraf bagi
menjadikan KGRUUM lebih menarik dan selesa kepada pemain golf. Selain memberi
keselesaan kepada pemain golf ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada
Akademi Golf Nasional (AGN) untuk melatih para pelajar yang berbakat dalam
bidang golf.
Penubuhan KGRUUM
ini bertujuan untuk memupuk semangat bersukan, persefahaman dan persaudaraan di
antara ahli kelab melalui permainan golf dan aktiviti rekreasi. KGRUUM juga
mempunyai kemudahan lapangan golf dan driving range yang
berbumbung. KGRUUM juga memberi peluang kepada pelajar Universiti Utara Malaysia
(UUM) untuk belajar bermain sukan golf.
Selain itu
KGRUUM juga telah memperbesarkan lapangan golf bagi menjadikan lapangan ini
lebih menarik. Sebelum ini lapangan golf UUM hanya mempunya sembilan lubang
sahaja dan ketika ini UUM sedang menambah baik lapangan golf UUM untuk menjadi
lapan belas lubang. Ini adalah bertujuan untuk memberi keselesaan dan kepuasan
kepada para pemain yang datang bermain di lapangan golf UUM.
Menurut salah
seorang pekerja di KGRUUM iaitu Suryadi Muzammy b Khairan “suasana yang
mendamaikan apabila berada di lapangan golf UUM kerana kita di kelilingi oleh
tumbuh tumbuhan yang menghujau dan udaranya yang segar”.
“Selain dari
suasana yang mendamaikan dan udara yang segar KGRUUM juga mempunya beberapa
lubang yang akan memberikan cabaran kepada para pemain golf. Setiap lubang di
lapangan golf KGRUUM ini mempunyai rekaan yang berlainan,” jelas beliau lagi.
“Lapangan golf
di UUM ini tidak terlalu panjang berbanding lapangan golf di tempat lain tetapi
ianya sedikit berbukit dan terdapat beberapa tempat yang agak sempit. Ini
memerlukan para permain membuat pukulan yang lurus bagi mencatatkan markah yang
terbaik,” jelas Shahrul Ilham b Rodhi.
Tambah beliau
lagi, “lapangan golf UUM ini menggunakan rumput cow grass dan
kadang kala ianya akan menjadi terlalu kering ataupun terlalu basah. Selain
itu, KGRUUM juga amat mementingkan penyelenggaran lapangan golf bagi menepati
cita rasa pemain golf yang inginkan lapangan golf yang mencabar serta
mengekalkan pemandangan yang cantik. Secara tidak langsung, suasana kehijauan
ini dapat menarik perhatian orang ramai untuk bermain di KGRUUM”
Seharusnya
kewujudan KGRUUM ini perlu dirasai oleh semua pelajar. Ini kerana UUM tidak
akan menjadi sebagai institusi yang melahirkan graduan sahaja malah menjadi
tempat beriadah dan bersukan selain memperkenalkan sukan golf kepada pelajar
UUM.
No comments:
Post a Comment