Friday, December 11, 2015

Kaedah Penilaian Prestasi Atlet

Oleh: Mohamad Azmeer bin Azmi












Penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi membuat keputusan untuk  mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada  atlet. Penilaian juga dapat  menentukan jurang perbezaan antara atlet kerana menunjukkan hasil yang mereka dapat daripada penilaian yang dilakukan dan dapat membuat keputusan dengan tepat.

Penilaian juga merupakan satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pencapaian seseorang atlet itu berkesan ataupun tidak. Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah penjagaan Pusat Sukan UUM  menggunakan kaedah penilaian untuk meningkatkan lagi  prestasi mereka bagi membolehkan para atlet UUM  mewakili Malaysia di dalam peringkat antarabangsa.

Kepentingan  penilaian ini yang dilakukan kepada atlet ialah untuk mengenalpasti kelemahan  dan boleh mencari ruang untuk memperbaikinya supaya dapat mempertingkatkan prestasi mereka pada masa yang singkat dengan membuat ujian-ujian yang diberikan oleh jurulatih  secara berterusan. Selain itu, atlet juga dapat  meningkatkan tahap ketahanan fizikal dan mental dengan melakukan ujian penilaian yang berkesan daripada jurulatih. Secara tidak langsung, atlet dapat  mengurangkan lagi tahap risiko kecederaan yang mungkin dialami oleh atlet. 

Melalui proses penilaian ini, jurulatih boleh memantau kemajuan atau perubahan yang berlaku terhadap  atlet  sama ada  prestasi mereka semakin meningkat ataupun tidak. Selain itu, jurulatih juga boleh memberikan struktur latihan kepada  mereka berdasarkan ujian penilaian yang diberikan bagi meningkatkan lagi prestasi mereka. Jurulatih mesti memberi maklum balas kepada atlet  mengenai ujian kemahiran dan prestasi secara peribadi kerana ia boleh memberi motivasi kepada atlet untuk meningkatkan kemahiran mereka dan menyediakan mereka untuk kejohanan.

Tujuan melakukan penilaian terhadap atlet ialah untuk  mengukuhkan lagi hasil dan tindak balas untuk menyediakan latihan yang berkesan. Jurulatih juga memainkan peranan penting kerana dengan  pendekatan  yang baik antara atlet dan jurulatih, jurulatih dapat membantu dalam bimbingan yang baik dengan mengajar nilai-nilai murni yang patut ada di dalam diri seorang atlet. Proses penilaian ini juga memberi ruang kepada jurulatih untuk mengenalpasti kelemahan atlet secara tidak langsung berusaha meningkatkan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

Akhir sekali, proses penilaian juga berfungsi sebagai ulasan terbaik  untuk  menyediakan struktur latihan atlet untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. 


Contoh borang penilaian atlet

No comments:

Post a Comment