Saturday, December 12, 2015

Universiti Utara Malaysia (UUM) memenangi kategori nett di pertandingan golf Universiti Awam

Oleh:Mohamad Azmeer Bin Azmi 















KUALA MUDA 15 Okt. – Universiti Utara Malaysia (UUM) memenangi kategori nett di pertandingan golf Universiti Awam yang k 43 kali baru-baru ini

Kejohanan ini berlangsung di tiga tempat yang berbeza iaitu di Cinta Sayang Golf and Country Club di Sungai Petani, Harvard Golf and Country Club, di Bedong dan Darulaman Golf and Country Club di Jitra.

Seramai 315 pemain dari 20 Universiti Awam mengambil bahagian dalam kejohanan ini. UUM muncul juara dalam kategori nett selepas menewaskan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan perbezaan empat pukulan . Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan Universiti Malaysia Perlis di tempat ketiga dan keempat masing-masing.

Kejohanan yang diadakan ini juga mempertandingkan dimana mempunyai kategori VIP , pasukan UUM terdiri daripada Naib Canselor UUM , Prof Dato 'Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan UUM Pendaftar, Mohamad Akhir Hj. Yusuf, menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Selain itu, ketua pasukan UUM yang juga merupakan Timbalan Pengarah UUM Akademi Golf ( UUMNGA ), Prof. madya Dr. Abd Syukur Shaari turut serta dalam kejohanan ini.

Universiti lain juga mengambil kesempatan di dalam kejohanan ini untuk menghantar wakil pemain mereka untuk bersaing bersama-sama pemain UUM dan menunjukkan semangat kesukanan yang menyeluruh untuk bersaing dalam kejohanan ini. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara pemain universiti-universiti ini dan mengamalkan permainan yang menyihatkan dan berdisiplin.

Semua pemain UUM menunjukkan usaha dan semangat yang tinggi untuk bermain dengan baik di dalam kejohanan ini. Pemain-pemain atlet menjalani latihan yang intensif di bawah pengawasan jurulatih professional UUMNGA professional, Wan Rosni Wan Chik.

Penganjuran kejohanan golf ini dapat meningkatkan semangat kesukanan yang tinggi dan pemain sentiasa bersemangat untuk meneruskan minat mereka serta dapat memupuk disiplin yang tinggi antara pemain-pemain tidak mengira pemain itu daripada universiti lain.  




Barisan pemain yang mewakili team golf UUM

No comments:

Post a Comment