Monday, December 14, 2015

PAMERAN GERAI AKADEMI GOLF UUM SEMPENA PESTA KONVO

Oleh: Muhammad Afif bin Muhammad Razif














SINTOK – Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (AGNUUM) membuka gerai buat pertama kali sempena minggu konvokesyen di tapak pesta berhampiran dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di UUM bermula pada 23 Oktober 2015.

Timbalan Pengarah Akademi Golf Nasional, Mohd Rom bin Muslim bekerjasama dengan beberapa pelajar atlet golf yang terlibat dalam program bagi membantu mengurus gerai golf ini.

Mohd Rom bin Muslim berkata “program ini adalah yang pertama kali dianjurkan dalam sejarah akademi golf kerana terdapat dua orang pelajar perintis akademi golf yang telah tamat pengajian dalam khusus komunikasi dan juga golf selepas beberapa tahun bergelar pelajar”.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan golf di negara kita ke tahap yang lebih tinggi dan melahirkan lebih ramai pemain golf yang berpelajaran pada masa depan. Ini kerana sukan ini kurang mendapat perhatian dalam masyarakat kita”’, kata beliau lagi.

Di samping itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar lain untuk mencuba bermain golf. Program ini terbuka kepada semua pelajar untuk mempelajari teknik bermain golf dengaan betul.

Program ini juga bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar lain yang melihat sukan golf ini hanya sesuai dimainkan oleh golongan elit dan tertentu sahaja malah dengan adanya sesi memberi taklimat sebelum program dijalankan dengan memberi tunjuk ajar kepada pelajar lain mampu mengubah persepsi negatif itu. 

“Sebenarnya, ramai pelajar yang berkeinginan untuk merasai sendiri pengalaman bermain golf, namun disebabkan tiada pengalaman, mereka malu untuk menggunakan kemudahan bermain golf yang ditawarkan oleh Akademi Golf Nasional yang sentiasa beroperasi di UUM”, tambah beliau lagi.

Pelbagai jenis aktiviti menarik disediakan dengan mengadakan pertandingan kecil iaitu seperti pukul bola masuk ke lubang dan hadiah menarik juga disediakan untuk pemenang yang berjaya dalam pertandingan tersebut. Tidak ketinggalan juga, gerai ini turut menyediakan pelbagai jenis peralatan golf untuk dijual dengan harga promosi dan murah kepada orang lain yang minat terhadap sukan ini.

“Saya berharap agar pihak penganjur akan mengadakan program ini secara berterusan supaya lebih ramai pelajar mengenali sukan golf dengan lebih dekat lagi dan mengharap mendapat sambutan yang menggalakan dari mahasiswa UUM pada masa akan datang”, tambahnya.


Pelajar yang datang mengunjungi gerai golf di tapak pesta konvo.

Pelajar berpeluang untuk mencuba bermain golf dan menyertai pertandingan yang disediakan.


Seorang wakil pelajar dari atlet golf memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment