Saturday, December 12, 2015

Klinik Golf Kolej Vokasional Grik 2015


Oleh: Mohd Akmal B. Abd Wahab













SINTOK: Akademi Golf Nasional UUM(AGNUUM)telah menganjurkan Klinik Golf kepada 60 orang pelajar Kolej Vokasional Grik, Perak baru-baru ini. Klinik Golf tersebut diiringi dengan tiga orang guru pengiring.

Program ini secara tidak langsung telah menarik minat pelajar Kolej Vokasional Grik untuk belajar tentang sukan golf ini. Selain menarik minat para pelajar guru-guru pengiring juga teruja selepas didedahkan tentang keseronokan dan kelebihan sukan golf.

Klinik Golf ini bertujuan untuk menarik minat anak muda untuk mencuba sukan golf. Program sehari yang diadakan di perkarangan KGRUUM. Sebelum memulakan latihan, pelajar perlu melakukan aktiviti pemanasan badan dan regangan otot untuk mengelakkan kecederaan ketika melakukan pukulan.

Dengan tunjuk ajar serta bantuan mengenai teknik betul yang diberikan oleh atlet AGNUUM. Seramai 20 orang sebagai fasilitator telah menunjukkan teknik-teknik dan keselamatan dalam permainan golf. Selain itu, pelajar yang didedahkan kepada teknik memukul bola golf yang diajar oleh atlet AGNUUM.

Presiden JKPS Yayasan Al-Bukhary, Nurul Nabihah, berkata, “ Program ini dapat menarik perhatian dan memupuk semangat pelajar untuk belajar permainan golf ini .

Harapan beliau agar program klinik golf adalah baik jika dijalankan dan diadakan sepanjang tahun agar orang ramai dapat mengambil pengalaman dalam sukan golf” . 




Pelajar Kolej Vokasional bersama-sama tenaga pengajar atlet AGNUUM.

No comments:

Post a Comment