UUM SINTOK: Pada 20
Oktober, Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta nama di peringkat
dunia menerusi ‘Tagline’ baru iaitu Universiti Di Rimba Hijau. ‘Tagline’ baru
ini lahir daripada kedudukan kampus (UUM) yang dikelilingi flora dan fauna
serta keindahan yang mengelilingi kawasan kampus. Majlis pelancaran ‘Tagline’
baru (UUM) telah di sempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr.
Mohamed Mustafa Ishak di Anjung Tamu UUM.
Menurutnya,
‘Tagline’ baru ini dipilih memandangkan lokasi kampus yang merupakan bekas
lombong bijih timah dan dikelilingi pemandangan hutan yang indah. ‘Tagline’
Universiti Di Rimba Hijau ini mampu membawa nama (UUM) kepada tahap yang lebih
tinggi sebaris dengan Universiti hebat di Malaysia mahupun di luar negara.
Ciptaan
‘Tagline’ baru (UUM) ini adalah bertujuan untuk membuka mata dunia bahawa
pentingnya pemeliharaan alam semulajadi kepada sistem pembelanjaran di kampus
dan ‘Tagline’ Universiti Di Rimba Hijau menggambarkan situasi sebenar keindahan
yang dimiliki di dalam kawasan kampus (UUM). Di samping itu, untuk
mempromosikan ‘Tagline’ baru (UUM), pihak universiti telah membangunkan
beberapa elemen-elemen pelancongan seperti kereta kuda dan trem. Perkhidmatan
ini dibuka kepada semua masyarakat untuk melihat sendiri keindahan yang di
miliki oleh (UUM) di kawasan Hutan Simpan Sintok.
Katanya lagi,
kini dunia sibuk bercakap mengenai ‘green technology’ tetapi tanpa disedari
bahawa kampus (UUM) terletak di dalam kawasan ‘green rain forest’, sekaligus
menjadi ‘University in A Green Forest’ dalam konteks dunia makin dimusnahkan.
Dengan kelebihan
ini, saya mahu semua warga kampus memanfaatkan alam semulajadi yang dimiliki
sekarang dan sama-sama semua warga (UUM) membantu menaikkan nama (UUM) sebagai
Universiti dalam rimba hijau di luar negara. Kelebihan keindahan yang dimiliki
dapat membezakan (UUM) dengan Universiti lain di Malaysia ini.
Warga (UUM)
perlu menggunakan kelebihan dan kekuatan (UUM) ini dengan menzahirkan rasa
bangga kerana universiti ini dibina dalam kawasan yang dilengkapi landskap
menarik dan semulajadi, malah dengan kelebihan ini (UUM) boleh menarik seramai
mungkin pelawat untuk jatuh cinta dengan ‘Universiti di Rimba Hijau’ ini,
katanya.
Universiti Utara
Malaysia (UUM) berusia 30 tahun yang ditubuhkan pada tahun 1984, telah mendapat
jolokan sebagai Universiti pengurusan terkemuka di Malaysia. Di samping itu,
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti yang menduduki tangga
keenam dalam senarai penubuhan universiti di Malaysia dan secara rasminya
ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Universiti Utara Malaysia (UUM) juga
merupakan satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya bidang pengurusan
menjadi khusus utama dalam awal penubuhannya. Oleh itu, (UUM) telah dikenali
sebagai sebuah universiti yang menerajui dalam melahirkan graduan yang
berkualiti dalam bidang pengurusan dan telah di letakkan sebaris dengan
universiti terbaik di dunia dalam bidang pengurusan.
Perancangan
pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila idea asal dicetus oleh Mantan
Perdana Menteri yang ke- 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad seiring dengan wawasan
yang di perkenalkan oleh beliau iaitu Wawasan 2020 dan cetusan idea ini lahir
apabila beliau berhasrat untuk menaik taraf status Malaysia sebagai sebuah
negara yang maju dalam pelbagai industri menjelang tahun 2020. Penubuhan
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr
Mahathir Mohamad terhadap memperkembang dan membangunkan pendidikan di
Malaysia.
Pada 19 Oktober
1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang telah
dinamakan ‘Projek Universiti Keenam’ yang terletak di Kedah. Oleh itu, pejabat
rasmi Universiti Keenam ini telah di namakan Universiti Utara Malaysia (UUM)
dan secara rasminya dibuka pada 15 Februari 1984 di Jitra sebelum beberapa
bulan kemudian (UUM) telah berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan
Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan yang dilakukan
adalah bertujuan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang
kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.
Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang terletak di hujung utara ini bermula membina kampus
tetapnya yang terletak di Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Kampus tetap
ini telah menelan kos sebanyak RM580 juta yang di bina atas tanah seluas 4,000
hektar yang terletak di kawasan Hutan Simpan Sintok. Di samping itu, lokasi
kawasan Hutan Simpan Sintok di pilih untuk pembinaan kampus tetap adalah kerana
kekayaan kehijauan yang di milik oleh kawasan Hutan Simpan Sintok dapat memberi
kenangan kepada pelajar yang bakal menimba ilmu di Universiti Keenam ini.
Kampus tetap
(UUM) yang terletak di Sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai
dan indah, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah
dengan flora dan faunanya. Di samping itu, keindahan di dalam kampus ini dapat
di lihat apabila terdapat dua sungai iaitu Sungai Sintok dan Sungai Badak yang
bertemu di tengah-tengah kampus.
Menurut catatan
sejarah, nama ‘Sintok’ di ambil daripada nama sejenis pokok, asalnya adalah
merupakan sebuah petempatan terpencil yang menetapkan para pelombong bijih
timah pada zaman dahulu. Sebelum terbinanya kampus tetap (UUM) ini, Sintok
merupakan kawasan yang kaya dengan hasil bumi iaitu lombong bijih timah dan
pada masa dahulu kawasan ini mempunyai seramai 3000 penduduk yang
rata-ratanya bergiat aktif dalam aktiviti pembolongan dan pembalakan.
Pembinaan kampus
tetap di Sintok pula bermula pada Januari 1989 dan telah mula beroperasi pada
15 September 1990. Perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya di capai
pada 1 januari 1991 dan pada tahun 1993 kampus tetap (UUM) telah siap
sepenuhnya. Bangunan- bangunan utama yang menjadi lambang utama (UUM) adalah
Bangunan Akademik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran
Canselori, Masjid Sultanah Bahiyah, Dewan Mu’adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman,
Kompleks Sukan, Varity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.
Pada hari ini,
nama Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah menjadi sebutan ramai apabila selama
30 tahun pengasasannya (UUM) telah memperolehi pelbagai kejayaan yang telah
membantu nama (UUM) menjadi antara universiti terbaik di Malaysia. Kejayaan
dari segi pembangunan akademik telah melonjakkan nama Universiti Utara Malaysia
(UUM) kepada tahap yang tertinggi. Di samping itu, Universiti Utara
Malaysia (UUM) telah di pilih sebagai universiti yang terbaik dalam bidang
pengurusan, ini menunjukkan bahawa cetusan idea membina sebuah universiti yang
mampu membantu membangunkan pendidikan Malaysia adalah berhasil.
No comments:
Post a Comment