Monday, December 14, 2015

ATLET UUMNGA WAKILI MGA LAWAN SGA

Oleh: Abdul Jabbar












Malaysian Golf Association(MGA) ialah satu badan bukan kerajaan ditubuhkan pada 29 Mac 1929 dengan bertujuan untuk mengurus integrity permainan sukan golf di Malaysia.

Baru-baru ini, MGA telah menghantar dua atlet UUMNGA menyertai MGA vs Singapore Golf  Association(SGA) yang berlangsung di Warren Golf & Country Club, Singapura pada 16 hingga 18 November 2015.

Pertarungan diantara MGA dan SGA ini mula diadakan pada tahun 1976, selepas diperkenalkan secara rasmi oleh kedua-dua negara untuk berentap secara adil dan sihat, pertandingan sebegini dapat mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua negara

Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar seramai 12 orang pemain amatur yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan empat pemain wanita.

Pemain yang berprestasi cemerlang dan berpontensi tinggi dipilih untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Tambahan pula terdapat satu sistem digunakan untuk menilai penilaian prestasi pemain masa kini iaitu ‘Order of Merit’(OOM) dalam usaha mencari pemain-pemain yang berbakat.

Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari. Mod permainan yang digunakan ialah mod ‘Foursomes’ pada pagi hari pertama, mod ‘Fourball’ pada sebelah petang hari pertama, dan mod ‘Singles’ pada hari terakhir pertandingan.

Kewujudan AGNUUM ini membuka peluang kepada pemain golf untuk meningkatkan prestasi dan memajukan diri dalam bidang golf. Jerteru itu, AGNUUM memainkan peranan penting dalam melahirkan pemain golf bertaraf antarabangsa yang berpengetahuan akademik.
Penyertaan dua orang wakil daripada AGNUUM membuktikan bahwa akademi ini mampu melahirkan lebih ramai pemain professional bertaraf antarabangsa dan meningkatkan taraf permainan sukan golf di negara ini.

Menurut atlet AGNUUM, Mohd Afif Bin Mohd Razif, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak AGNUUM untuk berlatih dan berlatih dan memperbaiki corak permainan, contohnya seperti driving rangeputting greensimulator dan puttlab yang moden untuk meningkatkan prestasi pemain.

Dalam hal ini, pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan bidang sukan golf di Malaysia hingga ke tahap yang paling tinggi dan mampu bersaing dengan pemain-pemain antarabangsa dengan mudah. 



Pasukan Malaysia menjulang trofi kejohanan SGA vs MGA 2015.


Mohd Afif dan Albright Chong – Dua atlet cemerlang UUMNGA yang mewakili MGA. 

No comments:

Post a Comment