Singapura : Berlangsungnya pertandingan golf tahunan antara Malaysia Golf Association (MGA) dan Singapore Golf Association (SGA) pada 17 dan 18 haribulan November 2015. Pertandingan ini berlangsung di Warren Golf and Country Club.
Perlawanan
antara MGA dan SGA sudah berlangsung sejak tahun 1979. Seramai 24 orang pemain
menyertai pertandingan ini dan 12 orang pemain mewakili setiap pasukan terdiri
daripada 4 orang wanita dan 8 orang lelaki.
Pertandingan ini
bertujuan untuk menguji tahap pemain golf diantara dua Negara sekaligus dapat
mengeratkan hubungan antara Negara dan pemain pemain golf antara Malaysia dan
Singapura.
Ketika di
Singapura pemain golf Malaysia disambut dengan jamuan kecil kelab golf
tersebut. Selain itu, mereka diberi kemudahan tempat tinggal di Hotel Royal
yang terletak di 36 Newton Road Singapura 307964. Para pemain Negara juga
diberi kemudahan makanan sebelum dan selepas perlawanan tersebut selama dua
hari.
Terdapat dua
pemain uum mewakili MGA di dalam pertandingan ini iaitu Muhammad Afif bin Razif
dan Albright Chong Ming Soon. Pertandingan ini menggunakan kaedah “match play”
yang terdiri dari gabungan “fourball”,”foursome” dan “individual”.
Malaysia berjaya
memenangi pertandingan tersebut dengan mata sebanyak 18 berbalas 6. Kemenangan
ini adalah kemenangan yg pertama setelah 4 tahun berturut turut tewas di tangan
singapura. Walaubagaimanapun , pemain singapura tetap memberi tekanan yang
terhadap pemain Malaysia tetapi para pemain Malaysia berjaya mengatasi tekanan
tersebut.
Dua atlit golf
UUM iaitu Muhammad Afif Razif berjaya memperolehi sebanyak 2 ½ mata manakala
Albright Chong berjaya memberi pasukan Malaysia sebanyak 3 mata. Ketika menemu
ramah mereka berdua, mereka berkata mereka memberi tumpuan dan usaha yang
terbaik untuk memberikan pasukan Malaysia memperolehi mata dan memenangi
pertandingan tersebut.
No comments:
Post a Comment