Oleh: Mohd Aiman |
Padang besar, 30 Oktober 2015, Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (Perkom) telah melakukan sebuah program Kem Bina pasukan di Tasik Timah Tasoh, Perlis seramai 30 orang peserta dan serta 5 fasilatator dalam program ini selama 3 hari 2 malam.
Cik Haizum
Nadhirah selaku pengarah projek telah memastikan kelancaran program ini dengan
bantuan Encik Abdul Jabbar selaku timbalan pengarah projek. Puan Sharina Bt
Shamsuddin selaku penasihat Persatuan Komunikasi telah banyak memberikan tunjuk
ajar dan turut menyumbangkan idea kepada mereka bagi menjayakan program ini.
Encik Baharudin
B Hadza@Othman selaku pensyarah kanan komunikasi UUM turut serta membantu
menjayakan program ini dengan cara tampil sebagai penceramah yang menyampaikan
ceramah motivasi tentang semangat bekerja secara berkumpulan.
Dr Fadzli selaku
wakil daripada jabatan hep turut memberikan sokongan dengan cara memberikan
ceramah tentang keusahawanan kepada para peserta kem team building ini.
Menurut salah
seorang peserta, Laily Munirah Bt Kamaruzaman setelah melibatkan diri dengan
program team building ini saya telah berubah menjadi seorang yang lebih
menepati masa, saya juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri saya setelah
melakukan pembentangan”.
Sementara itu
saya dapat meluaskan pergaulan saya dengan bergaul dengan ahli ahli baru
Persatuan Komunikasi iaitu pelajar komunikasi tahun pertama di UUM.
Aktiviti-aktitivi
yang telah dijalan oleh Persatuan Komunikasi ialah night walk, jungle treking,
merempuh halangan, pembentangan kerja kumpulan, aktiviti suai kenal, solat
berjemaah, dan sukaneka.
Akhir sekali,
aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Komunikasi ini dapat menyesuaikan diri
sebagai seorang pelajar Universiti dengan aktiviti lasak, berkenalan dengan
ahli baru Persatuan Komunikasi dan dapat merehatkan diri seorang pelajar
daripada melakukan aktiviti di dalam kampus turut dapat mendalami penggalaman
yang sukar didapati di dalam kampus.
Peserta Kem
Team Building di Tasik Timah Tasoh.
Contoh aktiviti yang dilakukan oleh peserta.
No comments:
Post a Comment