|
Oleh:Tengku Syahiran |
Tema ‘Tagline’ UUM:
Universiti Di Rimba Hijau
UUM SINTOK: Pada 20 Oktober 2015,
Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta nama di peringkat dunia
menerusi ‘Tagline’ baru iaitu Universiti Di Rimba Hijau. ‘Tagline’ baru ini lahir berdasarkan kedudukan
kampus Sintok yang dikelilingi flora dan fauna serta keindahan yang
mengelilingi kawasan kampus. Majlis pelancaran ‘Tagline’ baru telah di sempurnakan oleh
Canselor, Prof. Dato Seri Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Anjung Tamu UUM.
Menurutnya, ‘Tagline’ baru ini dipilih memandangkan lokasi
kampus yang merupakan bekas lombong bijih timah dan dikelilingi pemandangan
hutan yang indah. ‘Tagline’ universiti Di Rimba Hijau ini mampu
membawa nama UUM ke tahap yang lebih tinggi sebaris dengan Universiti hebat di
Malaysia mahupun di luar negara.
Ciptaan ‘Tagline’ baru ini adalah bertujuan untuk
membuka mata dunia bahawa pentingnya pemeliharaan alam semulajadi kepada sistem
pembelanjaran di kampus dan ‘Tagline’ Universiti Di Rimba Hijau
menggambarkan situasi sebenar keindahan yang dimiliki di dalam kawasan kampus
UUM. Di samping itu, untuk mempromosikan ‘tagline’ baru UUM, pihak universiti telah
membangunkan beberapa elemen-elemen pelancongan seperti kereta kuda dan trem.
Perkhidmatan ini dibuka kepada semua masyarakat untuk melihat sendiri keindahan
yang di miliki oleh UUM di kawasan Hutan Simpan Sintok.
Kini dunia sibuk
bercakap mengenai ‘green
technology’ tetapi tanpa
disedari bahawa kampus UUM terletak di dalam kawasan ‘green rain forest’, sekaligus
menjadi ‘Universiti in A Green
Forest’ dalam konteks dunia
makin dimusnahkan ujar naib canselor.
“Dengan kelebihan
ini, saya mahu semua warga kampus memanfaatkan alam semulajadi yang dimiliki
sekarang dan sama-sama semua warga UUM membantu menaikkan nama sebagai
universiti dalam rimba hijau di luar negara. Kelebihan keindahan yang dimiliki
dapat membezakan UUM dengan Universiti lain di Malaysia ini”, jelas beliau lagi.
“Warga UUM perlu
mengunakan kelebihan dan kekuatan UUM ini dengan menzahirkan rasa bangga kerana
Universiti ini dibina dalam kawasan yang dilengkapi landskap menarik dan
semulajadi, malah boleh menarik seramai mungkin pelawat untuk jatuh cinta
dengan ‘Universiti di Rimba Hijau’ ini” , katanya.
Universiti Utara
Malaysia berusia 31 tahun yang ditubuhkan pada tahun 1984, telah mendapat
jolokan sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka di Malaysia. Di samping itu,
Universiti Utara Malaysia merupakan universiti yang menduduki tangga
keenam dalam senarai penubuhan Universiti di Malaysia dan secara rasminya
ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Universiti Utara Malaysia juga merupakan
satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya bidang pengurusan menjadi khusus
utama dalam awal penubuhannya. Oleh itu, UUM telah dikenali sebagai sebuah
universiti yang menerajui dalam melahirkan graduan yang berkualiti dalam bidang
pengurusan dan telah di letakkan sebaris dengan universiti terbaik di dunia
dalam bidang pengurusan.
Perancangan pembinaan
universiti keenam ini bermula apabila idea asal dicetus oleh mantan Perdana
Menteri yang ke- 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad seiring dengan wawasan yang di
perkenalkan oleh beliau iaitu Wawasan 2020 dan cetusan idea ini lahir apabila beliau
berhasrat untuk menaik taraf status Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
dalam pelbagai industri menjelang tahun 2020. Penubuhan Universiti Utara
Malaysia merupakan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap memperkembang dan membangunkan pendidikan di Malaysia.
Pada 19 Oktober 1983
Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang telah
dinamakan ‘Projek Universiti Keenam’ yang terletak di Kedah. Oleh itu, pejabat
rasmi Universiti Keenam ini telah di namakan Universiti Utara Malaysia dan
secara rasminya dibuka pada 15 Februari 1984 di Jitra sebelum beberapa bulan
kemudian UUM telah berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984
apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan yang dilakukan adalah
bertujuan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang
kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.
Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang terletak di hujung utara ini bermula membina kampus
tetapnya yang terletak di Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Kampus tetap
ini telah menelan kos sebanyak RM580 juta yang di bina atas tanah seluas 4,000
hektar yang terletak di kawasan Hutan Simpan Sintok. Di samping itu, lokasi
kawasan Hutan Simpan Sintok di pilih untuk pembinaan kampus tetap adalah kerana
kekayaan kehijauan yang di milik oleh kawasan Hutan Simpan Sintok dapat memberi
kenangan kepada pelajar yang bakal menimba ilmu di Universiti Keenam ini.
.
Kampus tetap (UUM)
yang terletak di sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai dan
indah, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah
dengan flora dan faunanya. Di samping itu, keindahan di dalam kampus ini dapat
di lihat apabila terdapat dua sungai iaitu Sungai Sintok dan Sungai Badak yang
bertemu di tengah-tengah kampus.
Menurut catatan
sejarah, nama ‘Sintok’ di ambil daripada nama sejenis pokok, asalnya adalah
merupakan sebuah petempatan terpencil yang menetapkan para pelombong bijih
timah pada zaman dahulu. Sebelum terbinanya kampus tetap (UUM) ini, Sintok
merupakan kawasan yang kaya dengan hasil bumi iaitu lombong bijih timah dan
pada masa dahulu kawasan ini mempunyai seramai 3000 penduduk yang
rata-ratanya bergiat aktif dalam aktiviti pemlombongan dan pembalakan.
Pembinaan kampus
tetap di Sintok pula bermula pada Januari 1989 dan telah mula beroperasi pada
15 September 1990. Perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya di capai
pada 1 januari 1991 dan pada tahun 1993 kampus tetap (UUM) telah siap
sepenuhnya. Bangunan- bangunan utama yang menjadi lambang utama kejayaan (UUM)
adalah Bangunan Akademik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran
Canselori, Masjid Sultanah Bahiyah, Dewan Mu’adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman,
Kompleks Sukan, Varity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.
Pada hari ini, nama
Universiti Utara Malaysia UUM sudah menjadi sebutan apabila selama 31 tahun
pengasasannya UUM telah memperolehi pelbagai kejayaan yang telah membantu nama
UUM menjadi antara universiti terbaik di Malaysia. Kejayaan dari segi
pembangunan akademik telah melonjakkan nama Universiti Utara Malaysia kepada
tahap yang tertinggi. Di samping itu, Universiti Utara Malaysia (UUM)
telah di pilih sebagai universiti yang terbaik dalam bidang pengurusan, ini
menunjukkan bahawa cetusan idea membina sebuah universiti yang mampu membantu
membangunkan pendidikan Malaysia adalah berhasil.